Sunday, April 28, 2013

month 11

adel dah pandai jalan jauh.
kalau balik rumah bukit mahkota, suka panjat tangga.
ataupun pegang apa-apa toy lepas tu tawaf sofa.
kalau nampak abah baring kat tilam luar, adel datang dan dive.
bila adel dengar lagu kat tv, adel joget goyang kepala dengan angkat kaki.
adel pandai cuba tiru sikit-sikit apa orang buat.
kalau orang tunjuk dgn jari, adel tengok arah jari.

month 10

adel pandai dah jalan sampai 5 tapak, turun naik tilam, pandai goyang kepala, gerak-gerak badan bila dengar muzik. gigi dah 4 batang. merangkak dah laju.

Thursday, March 7, 2013

month 9

tambahan adel dah pandai sebut "nana.." (?)
adel dah pandai tunjuk dengan jari.
adel dah pandai berdiri, bangun dari bercangkung.

gigi atas dah mula tumbuh.

adel suka tengok abah gosok gigi kat sinki. bila dia dengar bunyi air paip kat sinki, cepat-cepat adel merangkak datang tengok.

adel suka tepuk-tepuk tv, tepuk-tepuk meja ruang tamu sampai tangan sakit.

adel dah pandai sebut "tata" sambil lambai dua tangan.

adel dah pandai berjalan 2, 3 tapak.
adel dah pandai tolak troli permainan.

bulan ni banyak juga yang adel dah pandai. alhamdulillah.

Saturday, January 26, 2013

month 8

adel laju bertatih, merangkak, dari ruang tamu ke dapur sekejap aje sampai.
dah kuat makan. semua benda nak masuk mulut. kadang-kadang bagi susu sebotol penuh pun tak cukup.

gigi ada 2 batang, suka mengigit sebab gatal. mama punya cover handphone pun adel gigit.
dan makin banyak bercakap sampai keluar buih, kalau tengah fokus main, sampai meleleh air liur.

makin suka memanjat, kadang pijak paha atau perut orang sebab nak panjat lagi tinggi.
kalau duduk bumboo seat, walker, kerusi makan boleh panjat keluar sendiri.

nak berdiri je dalam kereta, tak mahu dah duduk dalam car seat.
adel dah boleh berdiri sendiri tapi tak lama, dalam 2,3 saat.

adel bila sampai part teletubbies ramai-ramai kata "ee-oh", adel senyum dan menyahut.

adel pandai tepuk amai-amai.

sekarang tiap-tiap minggu mesti singgah bukit mahkota, sebab atuk nak tengok adel dan bawa jalan-jalan depan rumah.

Saturday, December 29, 2012

month 7

adel dah pandai sebut 'mama', 'abba', 'atetete'? dengan 'nenenen'?
merangkak pun dah laju, kadang-kadang merangkak tak pakai lutut, pakai tapak kaki.
dah boleh merangkak dari ruang tamu sampai area meja makan.
suka panjat sofa dengan panjat dinding sebab nak berdiri.

adel suka tengok kucing.
kalau balik rumah bukit mahkota, suka kejar viva.
bila balik kg bukit sedanan, letak dalam walker laju kejar kucing.

adel dah pandai meronta kalau nak lepaskan diri.

adel suka main keronyok plastik sebab berbunyi.

adel suka tengok program tv 'teletubbies'.

gigi bawah belah kanan tumbuh masa 7 bulan 1 minggu.
berat adel sekarang dah 7.8kg.

Sunday, November 25, 2012

month 6

rambut adel dah panjang sikit bahagian depan, boleh sikat ke tepi, tapi belakang jarang-jarang lagi. adel suka tengok kereta lalu. kalau naik kereta, mesti nak berdiri sebelah cermin, boleh tengok kereta lalu, lepas tu excited - mata terbeliak, tangan depa. lagi satu excited kalau tengok kucing kat rumah bukit mahkota.

adel dah pandai buat bunyi 'mamama...' atau 'abababa...', kadang-kadang jerit kalau excited atau main sorang-sorang. dah 6 bulan ni dah pandai duduk sendiri, dah pandai goyang toy yang ada bunyi dengan tangan. kalau letak dekat living, pandai je duduk tengok tv.

sekarang tak boleh biar adel sorang-sorang dekat living, cepat je dia guling-guling, atau merangkak sikit-sikit ke depan capai benda-benda yang ada kat keliling. belum boleh merangkak betul-betul, tapi suka mengensot ke belakang konon nak cuba duduk.

sejak dah pandai duduk ni, adel dah kurang sikit boring, pandai main sorang-sorang. kalau tak, dulu asyik nak minta dukung aje. bila berdirikan adel, kadang-kadang dia suka loncat-loncat. adel tahu bengkokkan kaki nak bagitahu nak orang timang dia.

dah 6 bulan ni mama dah start bagi adel makan. adel paling suka makan nasi.

kalau duduk dalam car seat, suka tarik stokin.

waktu malam pun dah jarang kena tidurkan dalam boba, lepas menyusu dengan mama terus tidur. adel tidur berguling-guling, kadang-kadang tertonggeng meniarap.

Wednesday, October 17, 2012

month 5

Rambut adel dah semakin lebat, tapi tumbuh depan saja, belakang jarang2 lagi. Badan macam susut sikit mungkin sebab duduk rumah pengasuh, kurang selera minum botol. Kulit nampak macam semakin cerah, muka putih. Suka masukkan tangan dalam mulut, macam nak makan satu penumbuk. Sekarang dah pandai guling, meniarap sendiri. Kalau tidur malam kadang sampai berpusing-pusing. Adel dah pandai pegang barang, bila baringkan kat playgym, tangan duk capai permainan gantung. Buku feveret adel - buku mr croc. Bila boring suka baring sambil pegang kaki macam dalam buku mr croc - 'touch your toes'. Mama start bagi adel susu formula sebagai tambahan, takut tak cukup kat rumah pengasuh. Adel suka duduk dalam Boba carrier, beli untuk pakai masa jalan2 luar. Duduk diam je dalam Boba sampai tertidur. Tidur malam pun dah ok, tak ada dah terjaga tengah2 malam sampai tak tidur. Alhamdulillah. Lepas tu, adel dah pandai sebut "mama".

Esok checkup 5 bulan. Abah ambil AL, plan pagi pergi Az-Zahra nak check leher kalau2 ada masalah, minggu lepas sakit sangat.